Sub-Menu

Online

My Time

13 Februari, 2011

Sejarah Valentine Day





Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordovo, Sepanyol pada zaman lampau.

Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan sekutunya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama dikalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang diingati berbandung 12 Rabiul Awal itu sendiri.

Bulan ini ia sekali lagi disambut dengan pelbagai cara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan jamuan makan malam yang disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya.

Siapa sebenarnya orang yang bernama Valentines ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan dikalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah? Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang pederi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol.

Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Jesteru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum disamping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St, Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatin kepada kekasih kedua.

Apabila ditanya Ratu Isabella apakan bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St, Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan dikalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan.

Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lalu memenjarakan Valentino buat sementara waktu. Begitu pun, baginda tetap mahu mencuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati kekasih yang ditujukan khas untuk St. Valentino.

Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu istimewa. Atau pun mereka hanya mengikut budaya barat secara membuta tuli, sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.

Di harap para pemuda-pemudi kita boleh memahami perkara ini dengan lebih jelas dan mengelakkan diri dari menyambut Hari Valentine. Harus difahami Hari Valentine bukanlah budaya dari kita yang menganuti agama islam. Kepada ibubapa haruslah peka akan situasi ini dan menasihati anak-anak remaja mereka dari terjebak kedalam situasi yang tidak membawa faedah serta boleh memesongkan akidah seorang islam.

Tidak ada komentar: